Friday, April 22, 2016

11 Games Yang Bakal Menggegar Februari 2016!

Bulan Februari ini memang tetap panas buat kaki gamers. Far Cry, XCOM 2, Street Fighter dan macam-macam lagi! Wallet, bertahanlah!
JomBacaKalendar gaming untuk 2016!
Digimon Story: Cyber Sleuth
Digimon kini kembali untuk peminat di platform PS Vita dan PS4! Dalam siri kali ini, pemain akan membawa watak yang sebagai Takumi AIba atau Ami Aiba. Mereka ini merupakan penggodam amatur dan telah menerima sebuah alat yang diberi nama Digimon Capture yang membenarkan mereka memasuki dunia Digimon yang dikenali sebagai Cyberspace Eden.
JomBaca240 Digimon dalam Digimon Story: Cyber Sleuth!
Megadimension Neptunia VII
Sebuah entri terbaru bagi siri JRPG Hyperdimension Neptunia ini merupakan ekslusif buat PS4. Game ini akan memberikan pemain sistem pertarungan yang baru tetapi mempunyai kesamaan yang pemain veteran pasti kenal. Setiap goddess atau dewi mempunyai form yang baru dan ini bakal mempengaruhi cara pertarungan mereka.
XCOM 2
Bagi yang tidak mengenali siri XCOM, ia merupakan sebuah turn-based strategi yang mempunyai pandangan camera top-down. Siri yang pertama iaitu XCOM: Enemy Unknown membawa pemain dalam usaha menentang kedatangan makhluk asing ke Bumi dan menghalang mereka melakukan kemusnahan.

JomBacaPre-order XCOM 2 dan dapatkan 3 DLC
Dying Light: The Following
Dying Light: The Following merupakan sebuah open world survival horror. Ia tidak bersambung dari siri asalnya Dying Light dan kali ini pemain akan mengikuti protagonis yang bernama Kyle Crane. Ikuti pengalaman beliau dalam usaha menyelamatkan diri daripada kultus pelik dan mengungkai misteri epidemik yang melanda dunia.
Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4
Ultimate Ninja Storm 4 memaparkan gameplay yang menyerupai game yang terdahulu yang meletakkan pemain dalam arena peperangan antara ninja!
JomBacaNaruto Ultimate Ninja Storm 4 dah ada DLC?
Unravel
Bermain sebagai Yarny – segumpal benang merah yang mengembara untuk menyelesaikan puzzle dan mengumpul apa sahaja sepanjang pengembaraan korang nanti. Walaupun Yarny tidak boleh bersuara, Yarny boleh menunjukkan apa sahaja emosi dan perasaan melalui gerak-geri badannya.
JomBacaUnravel: Pengembaraan segumpal benang merah!
Shin Megami Tensei IV: Final
Dalam siri terbaru Shin Megami Tensei ini, cerita akan bermula sekitar tahun 2030-an dan ianya mengisahkan seorang watak protagonis yang telah bersekongkol dengan Dagda yang merupakan dewa yang inginkan kemusnahan dewa-dewa lain.
JomBacaShin Megami Tensei IV Final: Masa untuk membawa kemusnahan!
Street Fighter V
Sebuah game berstatus klasik kini kembali untuk pusingan yang ke-5. Street Fighter 5 dijangka bakal memberi nafas baru dalam genre fighting game dengan pelbagai pembaharuan dari segi teknik pertarungan dan juga memperkenalkan mod-mod yang baru.
JomBetaStreet Fighter 5: Beta terkini live seantero dunia!
Far Cry Primal
Selamat datang ke Oros, sebuah dunia Zaman Batu di dalam Far Cry: Primal – dimana semua makhluk boleh dan akan membunuh korang! Dalam edisi Far Cry kali ini, korang akan bermain sebagai Takkar yang terpisah dari puak hunter-gatherer beliau selepas di ambush dan seterusnya pengembaraan mamat nih dalam mencari jalan pulang!
JomBacaFar Cry: Primal: Berani mati di zaman batu!
Fire Emblem Fates
Fire Emblem Fates merupakan sebuah Taktikal RPG yang bakal meletakkan pemain dalam pergolakkan peperangan antara dua negara. Watak pemain terpaksa memilih pihak manakah untuk berjuang bersama dan menyelingkap siapakah menjadi dalang utama dalam peperangan ini!
Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2
Plants Vs. Zombies: Garden Warfare 2 adalah siri kedua kepada game shooter bertema kiut-miut ini. Adakah ia akan memberikan efek positif kepada siri ini? Pembaca boleh baca tulisan yang lebih lanjut dalam percubaan demo game ini seperti dibawah.
JomBacaPlants vs Zombie: Garden Warfare 2 beta! Suka atau Duka!?

XCOM 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

XCOM 2 membawa pemain kembali dalam dunia menentang makhluk asing. Adakah XCOM 2 bakal memberikan pengalaman yang manis atau ia sudah menjadi hambar dimakan usia?

Macam lagi lawa je XCOM 2 ni!

xcom-2-berserkerPenggunaan enjin Unreal 3.5 merupakan satu pilihan yang bijak. Ia membenarkan pihak developer memberikan lebih ketelitian dalam rekaan persekitaran, makhluk asing dan watak manusia dalam siri kedua ini. Audio dalam XCOM 2 masih mengekalkan tema dan feel game ini secara keseluruhnya.
XCOM2-gameplay-customisationDalam usaha Firaxis memberikan grafik yang cantik dan berkualiti, XCOM 2 mengalami masalah teknikal pula.

Teruk! Apa dah jadi ni Firaxis?

xcom-2-fight-scene-01Pasti ada yang terbaca mengenai hal ini atau terbaca mengenai rungutan mengenai XCOM 2. Prestasi grafik bagi game ber-genre turn base ini kurang memuaskan. Bukan saja ketika aksi di medan perang mempunyai frame rate yang tidak stabil, malah dalam sesi loading skrin XCOM 2 yang tidak graphic-intensive turut mempunyai masalah frame rate.
2016-02-12_00004[1]Firaxis sebagai sebuah studio veteran harus faham masalah seperti ini tidak seharusnya terjadi terutamanya bila siri ini hanya dikeluarkan untuk PC. Isu sebegini haruslah dipandang berat dalam era developer yang selalu mengambil mudah dalam menyiapkan dan mengeluarkan game yang berkualiti.

Penceritaan yang mudah dan senang difahami.

Jika anda ingin bermain XCOM kerana penceritaan yang mendalam, ini bukanlah sebuah game yang anda mahukan. Penceritaan XCOM 2 bermula selepas 20 tahun bumi diduduki oleh makhluk asing dalam XCOM: Enemy Unknown. Organisasi asal XCOM telah tewas dan kini dikategorikan sebagai puak pemberontak.
2016-02-12_00006[1]Makhluk asing kini ditonggak pemerintahan dan ingin memusnahkan kesemua puak pemberontak ini dan samada XCOM terus berjuang menyelamatkan bumi bergantung di tangan anda.

XCOM 2 macam sama je ngan XCOM. Takde kemajuan langsung!

snap-2016-02-14-22h18m34s398Ya, memang tidak dapat dinafikan XCOM 2 menggunakan formula asal yang memberikan revival bagi siri tersebut. Namun begitu, Firaxis harus dipuji kerana memajukan formula ini untuk tahap yang seterusnya. Terdapat pelbagai perubahan dan penambahan yang memberikan pemain pengalaman yang memuaskan antaranya:
XCOM 2 memperkenalkan sistem timer dalam misi-misinya dan ini adalah satu pilihan yang bijak. Pemain perlu cepat, tangkas dan bijak membuat keputusan walaupun game ini hanya berkonsepkan turn-base strategi. Jika terlalu melengahkan masa, objektif bakal gagal tetapi jika terlalu gopoh pasukan pula merana.
xcom-2-basePusat kawalan XCOM kali ini adalah sebuah kapal angkasa yang sentiasa boleh bergerak ke benua lain jika keadaan memerlukan. Ini merupakan idea yang menarik kerana dalam siri kali ini pemain perlu membina kuasa guerilla dari benua ke benua lain dan pada masa yang sama perlu mengelak daripada serangan makhluk asing.
vlcsnap-2016-02-14-21h53m04s546Dalam siri kali ini, pemain juga bakal diperkenalkan dengan Dark Events. Dark Events merupakan cabaran rawak memaksa pemain membuat pilihan. Ia mempunyai pro dan kontra seperti pemain bakal mendapat bantuan lebih ramai jurutera tetapi bakal mengalami serangan berterusan selama sebulan ataupun menerima lebih sumber kewangan tetapi mempunyai misi-misi yang lebih sukar selama sebulan.
snap-2016-02-14-22h10m52s811Class juga direka dengan lebih fleksibel dalam XCOM 2. Setiap cabang naik taraf atau upgrade dalam class Ranger, Specialist, Granadier dan Sharpshooter mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ini memberi lebih pilihan pada pemain untuk mengubahsuai permainan mengikut cara taktikal mereka.

Bosan dah main campaign. Jom main multiplayer pulak!

snap-2016-02-14-22h07m50s117Malang sekali, multiplayer XCOM 2 tidak mempunyai banyak perubahan dari siri asalnya. Sistem pertarungan yang sama dan tidak memberikan pemain sebarang sebab untuk melayan pertarungan multiplayernya.

Keputusan: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Jika anda bukan peminat strategi apatah lagi berkonsepkan turn-based, elakkan game ini seperti virus Ebola. XCOM 2 juga tidak menjanjikan frame rate dan sinematik yang lancar. Peminat-peminat yang dahagakan aksi multiplayer juga bakal berasa kecewa kerana tiada pembaharuan dibawa dalam siri kali ini.
BOLEH BELI! – Satu misi dalam XCOM 2 bakal menyajikan pengalaman yang lebih beremosi jika dibandingkan sesetengah game mampu dengan seluruh kempen single player. Bersedia untuk menghadapi perasaan cemas, kecewa, gembira dan bangga apabila berjaya membawa pulang setiap ahli pasukan walaupun dengan nyawa-nyawa ikan. Setiap pilihan kecil bakal membawa efek kepada usaha menewaskan penjajahan makhluk asing dan setiap pilihan bakal membawa kesan positif dan negatif. XCOM 2 bakal membuat rasa kecewa atas kesilapan yang telah dibuat beberapa jam yang lepas dan ini membuatkan pemain benar-benar berjaga dengan langkah yang dibuat. Dengan kemajuan yang dibawa dari XCOM: Enemy Unknown ke XCOM 2, memang menarik jika difikirkan apa yang bakal dibawa kelak oleh Firaxis. Welcome back Komander.
 Enjin grafik yang tidak dioptima. Frame rate yang tidak stabil.
 Sesetengah dialog berulang dan menjengkelkan.
 Multiplayer yang hambar.
+ Efek grafik yang lebih baik dari siri asal.
+ Kesan bunyi yang baik.
+ Menambah baik sistem ekonomi dan peperangan.
+ Memberi peluang pada modders sejak hari pertama.
+ Untuk pemain strategi yang gemarkan cabaran.

Berapa Besarkah Map The Division Jika Dibandingkan Dengan GTA V & Fallout 4?

Kita akan meneroka Bandar New York sekali lagi pada minggu ini. Jadi, apa kata kita tengok sikit berapa besar sebenarnya map dalam The Division.
division
Walaupun hanya memberikan sedikit sahaja kawasan untuk dimainkan dalam Closed Beta tempoh hari, para pemain sudah merasakan map dalam The Division adalah sangat besar. Puas sudah kami berjalan di bandar pasca-bencana ini, namun masih banyak lagi tempat yang belum diterokai. Walaupun map dalam The Division tidaklah dibuat dengan nisbah 1:1 kepada keluasan sebenar Bandar New York, ia tetap membuatkan kami penat berjalan dan berlari dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Walau bagaimanapun, adakah ianya cukup besar jika dibandingkan dengan map yang terdapat dalam GTA V dan Fallout 4? MarcoStyle telah membuat perbandingan ini. Dalam video tersebut, beliau telah membandingkan map dalam tiga game tersebut – dan banyak info baru yang kita boleh ambil daripada analisis beliau ini.
division gta
Map GTA V vs The Division.
Setelah melakukan beberapa analisis, beliau telah berjaya memutuskan bahawa gambar di atas adalah perbandingan map dalam The Division dan GTA V. Nampaknya, map dalam The Division adalah jauh lebih kecil daripada GTA V!
Pasti ramai yang akan berkata, “ahh, kecil betul map dalam The Division. Mesti cepat bosan!” Tapi, nanti dulu. Kita harus ingat bahawa, di sebalik kedua-duanya adalah game open-world, namun, cara bermain dalam kedua-dua game ini adalah sangat berbeza, terutamanya apabila kita berbicara tentang bagaimana caranya kita pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Dalam GTA V, kita disajikan dengan pelbagai kenderaan yang tidak terkira banyaknya, manakala dalam The Division, kita hanya berjalan kaki dan berlari dalam map tersebut. Tiada apa-apa kenderaan, hatta sebuah basikal pun.
Jadi? Mengatakan bermain The Division akan cepat bosan kerana map-nya yang kecil mungkin tidak tepat untuk dilontarkan. Pasti kita akan mencungap dan letih untuk berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dengan hanya berjalan kaki!
gta-easter-egg-black-cellphones
Justeru, berdasarkan alasan itu, maknanya, lebih baik kita melakukan perbandingan dengan game open-world yang juga tidak mempunyai apa-apa kenderaan untuk pergi dari satu ke satu tempat yang lain. Jadi, tiada yang lebih sesuai daripada melakukan perbandingan dengan map dalam Fallout 4.
division gta fallout
Map dalam GTA V vs The Division vs Fallout 4.
Berdasarkan gambar di atas, kelihatan map dalam The Division dan Fallout 4 adalah tidak jauh beza antara satu sama lain. Kedua-duanya seakan-akan mempunyai saiz map yang sama!
Tapi, timbul pula persoalan lain. Korang pasti sudah mengetahui bahawa dalam Fallout 4, kita tidak mempunyai banyak bangunan seperti mana yang terdapat dalam The Division. Korang juga pasti mengetahui bahawa tidak semua bangunan dalam The Division boleh di-akses, atau dalam erti kata lain, tidak boleh masuk, berjalan dan melepak di dalam bangunan-bangunan tersebut.
Jadi, dengan kawasan yang lebih luas dalam Fallout 4 serta jalan-jalan yang lebih sempit dan kecil dalam The Division, adakah telah memberikan jawapan bahawa map dalam Fallout 4 lebih besar jika dibandingkan dengan The Division? Korang sendiri jadi penentunya.
Fallout 4_20151113032002
Mungkin korang tertanya, bagaimana brader MarcoStyle ini melakukan analisis dan perbandingan ini. Rasanya, ia tidaklah sesuai untuk penulis menerangkannya. Korang tengok sajalah sendiri video brader ini dalam menerangkan bagaimana beliau melakukan analisisnya:
Ubisoft telah pun mengumumkan tarikh Open Beta yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Game penuh Tom Clancy’s The Division akan dilancarkan pada 8 Mac 2016.

Bila Abah Review PS+: Nom Nom Galaxy

Hola Gamers! Seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Nom Nom Galaxy.

Mantap Dan Padu Tak Abah Game Ni?

Bila Abah baca sedikit mengenai game ini, Abah terpikir macam ni punya game pun boleh ada. Yela, korang bermain game di mana korang kena explore planet untuk mendapatkan bahan-bahan membuat sup! Agak kelakar juga la, tapi memandangkan Abah ni jenis suka mencuba, so Abah pun try download dan main game ini.
nom-nom-galaxy-002
Game dari developer Q-Games & Double Eleven Studios ini berkonsepkan action/simulator dimana boleh dimainkan secara single player dan juga co-op multiplayer. Sejujurnya game ini bukanlah game santai rilek seperti yang Abah inginkan, kerana korang perlu mencari bahan-bahan dan berdikari di dalam planet yang korang terokai ini.
nom-nom-galaxy-003
Di dalam game ini, korang akan dihantar ke sebuah planet oleh syarikat korang di dalam misi mencari bahan-bahan yang terbaik untuk mencipta sup. Pada Abah, korang akan bertindak seperti supervisor, di mana korang memilih bahan-bahan yang diperlukan dan juga juga diberi kebebasan untuk ‘set up’ kilang korang sendiri untuk pemprosesan sup tersebut.
nom-nom-galaxy-007
Kalau korang rasa mencari bahan-bahan ini semudah ABC, mungkin korang silap sebab bukan korang sahaja yang ingin membuat sup, tetapi korang akan bersaing dengan syarikat lain juga. Oleh itu, korang perlu cepat dan pantas dalam mencari bahan-bahan dan juga memaksimakan upgrade untuk kilang korang bagi memastikan korang berjaya menewaskan pesaing korang nanti.
nom-nom-galaxy-005
Mencari bahan-bahan satu masalah juga – kerana terdapat bahan yang korang perlu berlawan bagi mendapatkannya! Abah betul-betul terkejut sebab terpaksa berlawan dengan bahan yang bernama ‘tomaties’ dan perlu kalahkan tomaties ini sebelum dapat mengambilnya.
nom-nom-galaxy-006
Bukan itu sahaja, korang juga perlu bijak dalam mendirikan kilang korang itu bagi memastikan kelancaran korang dalam memproses sup yang terbaik. Setelah bahan-bahan dipilih, korang perlu memasukkan bahan-bahan tersebut kedalam mesin pemprosesan dan setelah siap sup-sup tersebut akan dimasukkan kedalam tin dan korang akan melancarkannya ke orbit dan memasarkan sup korang tadi ke market.
nom-nom-galaxy-004
Memandangkan korang membuat sup bukan seorang sahaja, malah bersaing dengan syarikat lain, so korang perlu juga memastikan kawasan kilang korang dilengkapi dengan sistem pertahanan. Jangan terkejut kalau orang diserang oleh pesaing korang yang nak memusnahkan kilang korang dan juga mengagalkan misi korang membuat sup yang terbaik.
nom-nom-galaxy-008
Cuma Abah masih lagi tidak berpeluang untuk memainkan game ini secara multiplayer dan juga co-op, dan bagi Abah sekiranya mode itu dapat dimainkan, mungkin lagi seronok kerana berkerjasama dengan rakan-rakan yang lain dalam membuat sup.

Apa Yang Abah Rasa?

Pada pandangan Abah, game Nom Nom Galaxy ini tidak diminati oleh anak-anak Abah – tidak pasti kerana apa, mungkin kerana elemen upgrading dan juga sistem yang memerlukan korang sentiasa memantau keadaan kilang dan juga produktiviti sup korang yang memakan masa yang agak lama.
Game ini memang tidak bersifat santai, kerana korang perlu archive sesuatu target tu dalam masa yang agak panjang. Walaupun terdapat tutorial di awal permainan, namun bila melangkah ke level selepasnya, Abah masih terkial-kial dengan apa yang perlu Abah lakukan, kerana semakin tinggi level yang korang pergi semakin sukar dan rumit untuk korang ‘set up’ kilang dan juga menguruskan kilang korang tersebut di samping ancaman dari pesaing korang dan juga bahan-bahan yang semakin sukar untuk di cari.
Namun secara jujur game ini amat seronok di mainkan, dan jika korang boleh bertahan lama dan ada banyak masa terluang – tak perlu jaga anak ataupun menolong isteri di dapur, mungkin game ini sesuai untuk korang.

Nak Download Boleh Tak Download Pun Tak Rugi!

Plants vs Zombies: Garden Warfare 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Adakah Plants vs Zombies: Garden Warfare 2 (PvZ:GW2) ini epik seperti yang dijanjikan oleh penulis sejak sebulan yang lalu ataupun ianya indah khabar dari rupa? Boleh Beli or Boleh Blah!? Jom terjah reviu dari penulis ini.
Plants vs Zombies GW2_20160227002525
YA, seperti yang dijanjikan penulis ini dia reviu permainan video kiut miut, PvZ:GW2! Apa yang best? Apa yang hampeh? Jom penulis bentangkan semuanya!

Benda Tak Best Yang Pertama!

Seperti biasa, penulis selalu mencari kelemahan atau benda yang hampeh pada setiap permainan video. Kenapa? Sebab penulis percaya tidak ada satu permainan video yang tidak ada cacat celanya. PvZ:GW2 juga tidak lari daripada isu-isu yang mencacatkan daripada Beta yang masih tidak diperbaiki dalam full game ini.
Sistem Party untuk bermain dengan kawan-kawan perlu diperbaiki lagi kerana pemain masih tidak dapat masuk Party bersama-sama untuk bermain secara co-op. Default setting dalam sistem Party adalah ‘Invite Only’ berbanding dengan ‘Friend Only’ membuatkan sistem ini leceh dan rumit. Pemain perlu mengubah setting ini di hub Backyards. Walaupun setting ini diubah, ianya masih memberi masalah untuk pemain ingin bermain secara Party.
Plants vs Zombies GW2_20160226004001

Ada Lagi Benda Hampeh Ke?

Ya, penulis menganggap isu berikutnya ini adalah masalah terbesar dalam PvZ:GW2! Elemen Single Player Campaign yang dibentangkan pada E3 2015 dahulu dimana pemain TIDAK memerlukan capaian internet untuk bermain mode Single Player telah dirombak! Pada minit terakhir, EA dan PopCap Games bercadang untuk pemain memerlukan internet untuk mengakses permainan ini!
Jika korang tidak ada talian internet tetap atau memakai internet berkuota, penulis cadangkan tidak perlulah bermain PvZ:GW2. Konsep ini sama sahaja dengan permainan video keluaran dari syarikat EA, Need For Speed 2015 – perlu ada internet untuk membuat semua aktiviti dalam permainan ini.
Plants vs Zombies GW2_20160223220559

Single Player Dia Best Tak Bro?

Bercerita tentang Single Player Campaign pula, pada mulanya penulis berasa seronok kerana benda ini tidak ada pada siri PvZ yang pertama. Tetapi sayangnya penulis tidak dapat apa yang diidamkan dalam mode Single Player ini.
Dalam Single Player Campaign ini, pemain akan bermain dalam bentuk ‘chapter’, dimana pemain akan menghayati setiap karakter dan misi yang diberi. Plot dan pembentukan karakter adalah bergantung kepada pilihan watak, Plants ataupun Zombies yang mempunyai gimik dan ciri masing-masing. Malangnya, walaupun penulis terhibur dengan lawak, kiut miut, seram, dan macam-macam lagi – misi yang diberikan dalam Single Player Campaign sebenarnya adalah diambil dari misi multiplayer yang diubahsuai untuk dimainkan secara solo.
Misi-misi yang diberi adalah seperti menjaga sesuatu tempat dalam masa yang diberikan, cari musuh tertentu, pergi kutip item X dan bawa item tersebut ke tempat Y. Malangnya, benda ini adalah hampir sama dengan apa yang dimainkan di arena Multiplayer dan tiada keunikan yang ada pada Campaign.
Penulis mengharapkan campaign yang lebih baik daripada ini, tapi apakan daya, mungkin sebab PopCap tidak cukup masa untuk membuat Campaign epik macam filem Disney Pixar ataupun letak sekadar untuk menjadikan permainan video ini nampak ‘complete’.
Plants vs Zombies GW2_20160224220222

PvZ Segar Dari Ladang!

Penulis nak bagitau awal-awal, kalau korang pernah bermain PvZ yang pertama, korang tak perlu cakap banyak – permainan ini adalah #wajibmain #GOTY2016confirmed. Bila je korang mula main PvZ:GW2 ini, korang tidak akan tengok lagi siri pertama dia, GUARANTEED, 120 persen. Lagi best, semua item, karakter dari PvZ boleh diimport masuk ke PvZ:GW2 ini! Kan bonus tuh bagi kipas-susah-mati PvZ!
Bagi korang yang baru nak main permainan ini memang sangat penulis galakkan. Bak kata omputeh, dont judge the book by it’s cover. Untuk pemain yang baru berjinak dengan siri ini, korang tidak perlu risau kerana korang masih boleh bertanding dengan veteran PvZ, kerana karakter dalam permainan ini semuanya begitu well balanced!
Plants vs Zombies GW2_20160226000213_1

Pembaharuan dan Pembaikan Yang Berterusan!

Benda-benda yang baik memang dinantikan para pemain. Apa benda yang diperbaikkan lagi tu? Well, dalam mode kompetitif multiplayer beserta single player yang lain, korang boleh bermain dengan kawan-kawan (sampai 4 orang dalam 1 party) dalam hampir semua mode yang ditawarkan dalam PvZ:GW2 ini. Ada Story Campaign untuk 2 pihak (Plants dan Zombies), Backyard Battlegrounds, Multiplayer, Garden / Graveyard Ops, Easter Egg, Crazy Target Practice dan ke semua ini boleh korang mainkan beramai-ramai dalam 1 Party.
Story Campaign seperti yang penulis sudah terangkan bukanlah point yang kuat dalam PvZ:GW2 ini. Multiplayer mempunyai Team Vanquish (ala-ala Team Deathmatch), Gnome (Salah seorang pemain akan membawa ‘bom’ untuk letupkan 3 ‘base’ pihak lawan dan cuba untuk bertahan ‘base’ dari pihak lawan),Vanquish Confirmed (ala-ala Kill Confirmed), dan paling penulis suka, Turf Takeover, dimana pemain akan bergerak dari point A ke point B dengan bermacam-macam halangan yang ada di antaranya.
Sudah bosan dengan Multiplayer? Korang boleh pergi ke Backyard Battleground untuk melihat status, tukar ‘settings’, ubahsuai karakter, bermain santai-santai dan lain-lain lagi. Masih bosan? Di Backyard Battleground juga adaEaster EggCrazy Practice, dan banyak lagi game modes yang membuat penulis berasa bermain permainan video ini sentiasa ‘fresh’.
Tengok, banyak kan mode yang ditawarkan oleh PvZ:GW2 ini ? Penulis sendiri pun sudah blur dengan apa yang patut nak buat, dengan tawaran yang teramat banyak ini!
Plants vs Zombies GW2_20160223175128_1

Apa Beza Campaign Dengan Battle Backyard Ini?

Ok. Dalam Campaign, pemain boleh bermain secara solo ataupun dengan Party. Untuk bermain Campaign ini, pemain perlu berjumpa dengan watak yang ada ‘mission’ di atas kepala diorang untuk memulakan misi. Misi tersebut bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh watak tersebut.
Battle Backyard ini pula adalah aktiviti santai-santai dimana pemain boleh membuat aktiviti yang terdapat pada Backyard ini. Contohnya mencari Easter Egg dan Crazy Practice. Disinilah pemain boleh mencari Easter Egg macam ‘gnome’, aktiviti ‘side quest’, dan macam-macam lagi sampai penulis letih nak tulis semua yang ada kat sini!Korang digalakkan untuk menjelajah sendiri Backyard ini untuk merasa lagi kenikmatan ‘ummmppphhhhh’!
Plants vs Zombies GW2_20160302023546_1

Apa Lagi Yang Best?

Ofkos la ada lagi, terutama sekali di bahagian Multiplayer ini. Seperti yang penulis ceritakan masa Beta hari itu, ada level dan map yang mempunyai gimik yang tersendiri yang bukan saja-saja je gimik dia.
Antara gimik yang ada adalah level dan map yang mempunyai graviti sifardimana pengguna berasa ‘slow’ dan membuat korang lagi ringan, seperti lompat lagi tinggi, peluru datang lagi lambat! Ada juga gimik ribut pasir dimana penglihatan pemain menjadi terhad dimana ianya teramat susah untuk pemain mencari musuh (tetapi boleh digunakan sebagai ‘surprise attack’), dan gimikportal, dimana pemain akan memasuki level dan map secara rawak, dengan gimik-gimik yang ada pada level tersebut.
Macam ini, Battlefield dengan Call of Duty pun kalah kan? HA HA HA tapi apa pun ini la uniknya Plants vs Zombie Garden Warfare 2 ini yang jarang ada pada permainan video yang lain.
Plants vs Zombies GW2_20160302022036
Contoh portal yang terdapat dalam satu level multiplayer dimana pemain bleh memasuki pelbagai level dan gimik yang terdapat pada portal tersebut
Plants vs Zombies GW2_20160302024556_1
contol level graviti sifar dimana pemain boleh melompat lagi tinggi, peluru menjadi lagi lambat dan gerakan karakter menjadi lagi lambat dari sebelum ini
Plants vs Zombies GW2_20160228162218_1
contoh ribut pasir dalam satu level dimana pandangan pemain menjadi terhad, dan ini jugak boleh membuat ‘surprise attack’
Plants vs Zombies GW2_20160228165053
Plants vs Zombies GW2_20160302023546_1

Sudahnya, Bagaimana Peperangan Laman Ini Akan Berakhir?

BOLEH BLAH!
Kepada pemain-pemain dari Battlefield, Call of Duty dan seumpamanya, jika korang menganggap permainan ini sebagai game shooter pengganti, penulis cadangkan untuk tidak membeli PvZ:GW2 ini kerana corak permainannya memang berlainan dari permainan video korang. Ia juga tidak sesuai untuk shooter fans yang tidak boleh pergi dengan benda-benda kiut-miut ini.
BOLEH BELI!
Sebagai penutup, Plants vs Zombie Garden Warfare 2 menambahbaik francais game yang sememangnya terbaik disertakan dengan tambahan benda-benda baru. Ia juga sesuai untuk pemain yang baru nak biasakan diri dengan siri ini.

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

 
 Korang menganggap game ini adalah pengganti permainan video macam Battlefield, Call of Duty dan lain-lain.
 Tidak boleh melayan benda kiut-miut dalam permainan video korang.
 Tiada capaian internet tetap atau menggunakan internet berkuota.
 Bermain secara solo, sebab korang digalakkan untuk bermain game ini bersama kawan-kawan kerana design permainan video ini.
+ Veteran/otai dari siri pertama. Musti Beli. #GOTY2016Confirmed!
+ Sesiapa sahaja yang ingin cuba bermain permainan video bergenre shooter kerana game ini sangatlah accessible kepada yang baru berjinak dengan genre shooter.
+ Suka benda kiut miut.
+ Bermain dengan kawan-kawan.
+ Suka banyak benda nak dibuat, menjelajah apa yang ada dalam permainan video ini.