Friday, April 22, 2016

Tom Clancy’s The Division: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Saya bukannya nak sangat dapatkan game Tom Clancy’s The Division. Nih sebab, bagi saya, mana-mana game MMORPG memang berpotensi untuk menyedut dan memerangkap saya ke tahap ketagihan dan obsesi tinggi.
Contohnya saya dah meluangkan masa 1907 jam dalam game first-person shooter Destiny, dan nak melibatkan diri dalam satu lagi MMORPG memang buat hati terasa lesu.
OK, nih tipu sebenarnya. Saya memang seorang addict RPG :3
DivisionBBoBB01
Agent Muslimah yang cun~
Mujurnya, kebanyakan ahli clan dan rakan-rakan saya sudah confirm akan menjadi agent-agent penyelamat New York, sejak persembahan syarikat Ubisoft di E3 2015. Dengan nih, saya fikir boleh-lah nak turut serta.
Sekali pandang, jalan cerita The Division bagaikan mana-mana game bertema dunia hari kiamat akibat factor-factor yang timbul selepas wabak virus yang dahsyat. Cuma, tak ada zombies. Atau suara hensem Troy Baker.
Huehueuhue, jom layan!

Runtuhan New York: Apakah Punca Sebenarnya?

Di dalam game ini, bandar metropolis New York telah menjadi mangsa suasana huru-hara. Ini kerana kerajaan Amerika Syarikat tersekat dalam krisis kesihatan disebabkan oleh wabak penyakit smallpox yang telah diubahsuai secara genetik. Penyakit ini merebak dengan sangat pantas dan kematian adalah hampir terjamin.
DivisionBBoBB02
Tak kira bahasa Inggeris, bahasa Melayu, atau bahasa pondan! Korang memang tahu korang tak boleh masuk!
Tanpa vaksin yang kukuh, jumlah kematian penduduk New York meningkat secara mendadak. Rakyat pun menjadi terdesak. Banyak cuba melarikan diri ke luar bandar, atau berkubu di rumah masing-masing. Mana-mana bahan asas seperti ubatan atau makanan telah dirampas oleh orang ramai.
Demi menjaga keselamatan dan keamanan, pihak polis, anggota tentera, dan kumpulan medik bergabung tenaga dan menubuhkan badan penguatkuasa Joint Task Force (JTF). Tapi tanpa pengawalan kerajaan yang stabil dan terlalu banyak puak penyangak merantau dan menuntut kawasan secara haram, tugas anggota JTF untuk membaik pulih keadaan juga terhalang.
Secara senyap, kerajaan Amerika mengaktifkan satu anggota gerak khas; The Division. Sebagai seorang Agent Division, tugas korang hanya ada dua; memulihkan perkhidmatan negara dan menyiasat punca wabak. Bagaimana cara korang menjalankan tugas adalah secara terbuka dan boleh buat di luar intepretasi undang-undang.
DivisionBBoBB02a
Owh, saya datang lambat. Parti dah habis ke?
Sepanjang perjalanan cerita, korang akan terdedah kepada banyak rahsia-rahsia tersembunyi mengenai kejatuhan New York, terutamanya di kawasan paling tercemar, Dark Zone.

Wow! First Impressions Macam Mana?

Setelah membina satu karakter awek yang cun (hehee) dan dah lepas bahagian tutorial game, saya dimasukkan ke pulau Manhattan di pertengahan musim salji, lebih kurang selepas waktu perayaan Christmas.
Hanya beberapa langkah di luar kawasan perimeter Camp Hudson adalah bukti realiti sebenar. Bandaraya yang dulunya lambang keagungan pusat ekonomi moden USA telah mereput menjadi tempat persekitaran winter warzone. Sambil saya bergerak, setiap sudut ada sikit tanda cerita.
Pagar besi penghadang jalan terbengkok sampai koyak dan berkarat. Lori trailer panjang terbiar di tengah jalan raya dengan kotak-kotak kargonya terbongkar. Ada kedai yang sudah terbuka luas dan dirompak habis. Ada kedai yang ditutup ketat dan mempunyai papan tanda dengan macam-macam info seperti “We have no more water!
DivisionBBoBB04
Ada beberapa tugu peringatan kecil bagi mereka yang sudah tiada…
DivisionBBoBB05
…dan ada yang lesap tanpa tugu peringatan.
Yang paling menarik bagi saya adalah butir-butir halus yang terselit di antara kenderaan terbabas di jalanraya ataupun dalam lorong-lorong gelap di belakang bangunan. Siapa-siapa yang dulu minat bermain Assassin’s Creed atau Watch Dogs, keluasan open-world yang sah jenama asli Ubisoft memang boleh dikenalpasti.
DivisionBBoBB08
Semoga kawasan ikonik, Times Square, New York dapat bangkit semula!
Malangnya, penceritaan melalui persekitaraan tidak seteliti jika dibanding dengan skrip dan dialog. Interaksi antara saya dengan Agent Faye Lau atau mana-mana watak utama yang lain berasa sengit dan tiada simpati.
Lebih-lebih lagi bila masuk waktu cutscene. Watak tersebut sedang mendedahkan latar belakangnya atau mengumumkan situasi perkembangan misi terbaru tapi karakter saya pulak senyap bersunyi tanpa emosi. Tapi kalau gamer tidak terlalu peka pada skrip jalan cerita, ini hanya gangguan kecil dalam satu pengalaman naritif yang begitu mendalam.
DivisionBBoBB03
Kalau lah Ubisoft bagi saya seorang pelakon suara, boleh lah saya balas balik sama-sama.

Cantiknya! Grafik Mesti Top-Notch Kan?

Saya bermain dengan versi PS4. Dalam purata lebih kurang 30fps, agak boleh tahan juga sebagai 3rd-person shooter yang baik.
OK, sebenarnya saya bukan teknikal sangat pasal grafik. Saya lihat mobs, saya tembak :3 Sebaliknya, sila terhibur dengan beberapa screenshot game grafik yang memang sah jenama asli Ubisoft…
DivisionBBoBB07
Tembak sampai mayat tembus lantai? 10/10, senapang terbaik!
DivisionBBoBB06
Masa hidup, mat rempit. Masa mati pun masih merempit?

 Main Seorang atau Geng Rakan?

The Division telah dipromosi boleh dimain secara solo atau dengan skuad seramai empat orang. Korang boleh mengalami pengalaman sebagai seorang Agent dengan bermain solo, tapi sebahagian besar dari gameplay adalah lebih seronok bila dimainkan sebagai satu pasukan.
Antara yang menarik bagi saya adalah corak peta combat. Game ini mengikut genre cover shooter, di mana unsur-unsur persekitaran boleh dan patut digunakan sebagai tembok perlindungan. Tapi bukannya semua tembok bagi perlindungan yang sama; ia semua berdasarkan lokasi dan tahap kukuh tembok tersebut.
Di masa waktu pertempuran, korang nak pilih tembok batu rendah yang menghadap kumpulan pihak musuh? Atau tembok kotak-kotak kayu dari balkoni di atas? Ini semua berdasarkan playstyle. Contohnya, saya main jenis sniper-support, jadi saya akan pilih tembok kotak dan mengirimkan das tembakan dari jauh!
Berjaga-jaga jangan kena serangan terkejut; baik sorok dulu!
Dengan kelebihan komunikasi dan bergerak dalam satu pasukan, team anda dapat mengatasi misi-misi utama yang akan menjadi lebih rumit mengikut tahap difficulty dan kemajuan karakter. Di sinilah memang boleh terasa aspek MMO-nya.
Sebaliknya, jika The Division dimainkan seorang sahaja, ia lebih kurang game shooter yang hanya agak serba boleh. Seperti yang dijelaskan, kebanyakan misi-misinya adalah sesi pertarungan killbox dalam beberapa kawasan tertentu. Objektif yang ada dalam sesi killbox ini adalah gabungan antara satu, dua, atau semua dari yang berikut;
  • Hidup dan bunuh boss yang berlabel kuning
  • Hidup dan selesaikan beberapa tugas sebelum tamat waktu
  • Hidup dan lindungi watak sambilan supaya tidak mati
Noob hero merangkak sampai Jannah :3
Noob hero merangkak sampai Jannah :3
Lepas main misi yang ke-lima secara solo, saya rasa sedikit muak nak melalui satu lagi sesi killbox. Harap-harap dalam expansion akan datang, Ubisoft boleh masukkan beberapa elemen yang boleh dipinjam dari hasil game lain, seperti objektif stealth atau racing the timer.

Apa Yang Best Sangat Sampai Asyik Banyak Main Nih!

Loot rewards!
Sebagaimana game bergenre RPG, mana-mana musuh yang dapat ditewaskan akan menjatuhkan barang kelengkapan atau loot. Kebanyakannya adalah barang asas seperti ammo atau beg ubat medkit. Musuh tahap tinggi akan mengeluarkan barang lebih mantap seperti senjata atau baju perisai.
Kualiti lengkapan adalah ikut warna. Usahalah untuk yang berwarna emas!
Kualiti lengkapan adalah ikut warna. Usahalah untuk yang berwarna emas!
Ada beberapa jenis senjata yang boleh dimasukkan ke dalam dua daripada tiga slot karakter yang ada; assault rifle, sniper rifle, LMG, SMG, dan shotgun. Setiap jenis senapang berbeza mengikut tahap DPS, jarak tembak, ketepatan peluru, stabiliti, dan masa untuk reload. Slot ketiga adalah khas untuk senapangsidearm. Hanya sidearm sahaja mempunyai ammo simpanan tanpa terhad.
Setiap lengkapan perisai pula memberi bonus pada salah satu dari tiga statistik karakter; Firearms, Stamina, dan Electronics. Kalau terlalu tertumpu pada satu sahaja, boleh menghadkan pengalaman gaming, tapi kalau mengabaikan mana-mana statistik boleh jadi berbahaya dalam situasi sengit! Jadi itu, keseimbangan statistik hendaklah korang jaga sebab perbezaannya terbukti apabila main mengikut teknik playstyle tertentu.
DivisionBBoBB13
Barang berlebihan boleh dicarikkan untuk jadi bahan-bahan kraf baru.
Selain dari kekuatan senjata, The Division juga mempunyai tiga kumpulanskillsets yang menarik. Kumpulan skillset ini tidak terhad kepada mana-mana kelas tertentu. Sebaliknya, skills terbaru boleh dibuka bila korang menaik taraf kubu beroperasi di bandar New York.
Sebab kubu operasi saya masih rendah, jumlah skillsets yang ada masih terhad.
Sebab kubu beroperasi saya masih rendah, jumlah skillsets yang ada masih terhad.
Tugas untuk membangunkan kubu beroperasi ini adalah tidak wajib dan tidak terikat pada progres jalan cerita. Tapi ianya sangat berguna jika korang suka mencuba dan membuat experimen antara skillsets untuk binaan karakter yang terbaik. Oleh kerana saya banyak gunakan skillset medik, saya juga perlu menaikkan karakter statistik Electronics!

Oh Yeke? Mana Dapat Loot Best?

Dalam kawasan Player versus Player (PvP)! Jom masuk Dark Zone!
Dark Zone (DZ) adalah satu daerah di tengah-tengah New York yang korang boleh masuk dari beberapa tempat checkpoint. Daerah ini dinyatakan sebagai kawasan kuarantin penuh dengan sisa-sisa kuman, wabak, sehingga JTF sendiri tidak berani nak masuk.
Tanpa kawalan JTF, kawasan ini juga dipenuhi dengan puak penyangak yang sangat high-leveled dengan barang-barang loot terbaik. Apa-apa barang yang dikumpul di daerah DZ disahkan sebagai bahan tercemar.
Barang loot yang dikutip ditanda dengan beg kuning biohazard.
Barang loot yang dikutip ditanda dengan beg kuning biohazard.
Sedemikian, kebanyakan barang lengkapan dari daerah DZ adalah sangat penting untuk menaikkan lagi taraf keupayaan Agent. Tapi korang tidak boleh lepas keluar melalui checkpoint masuk dengan beg penuh loot! Hakikatnya, semua loot yang dikumpul mesti dihantar balik ke kubu beroperasi terlebih dahulu untuk dibersihkan.
DivisionBBoBB15
Bukak lah peta New York bila nak cari lokasi tertentu.
Kalau boleh, singgah dulu di mana-mana pangkalan kecil safe room untukrestock peluru atau bom tangan! Korang boleh pilih mana-mana tempatextraction point yang korang rasa paling selamat, tapi daerah DZ tidak ada kemudahan fast travel; semua kena lari marathon!
Cepat-cepat bertindak kalau nak hantar barang! Helikopter pun tak nak singgah lama-lama ya!
Cepat-cepat bertindak kalau nak hantar barang! Helikopter pun tak nak singgah lama-lama ya!
Panggilan untuk membuat hantaran bukannya secara senyap! Besar kemungkinan puak penyangak juga akan muncul untuk menyekat progresskorang. Tapi sebab daerah DZ adalah kawasan PvP, korang juga akan terserempak dengan Agent-agent yang lain.
Kemungkinan Agent-agent yang dijumpai sudi bekerjasama; tapi ada juga Agent-agent yang akan tembak sampai mati! Agent yang kalah semasa berada dalam daerah DZ akan kehilangan semua barang loot dan ianya boleh dikutip oleh Agent yang masih hidup. Sebagai penalti, Agent yang kalah juga akan kehilangan sebahagian besar markah experience points dan jumlah duit kredit!
Hantaran loot yang berjaya boleh didapati bila keluar daerah DZ.
Hantaran loot yang berjaya boleh didapati bila keluar daerah DZ.
Tapi ada juga kesannya jika korang pilih nak menjadi Agent pengkhianat! Status Rogue dilekat pada karakter dan ini menjadi tanda peluang bagi Agent lain untuk memburu korang bagi mendapat ganjaran lumayan!
Walaupun status Rogue ini hanya untuk sementara, korang kena pandai bergerak pantas mengelak atau menyorok daripada diburu sehingga tamat masa status. Juga diingatkan bahawa panjang masa status akan meningkat jikalau terbunuh lagi Agent lain.
Awas! Jaga diri masing-masing bila merantau daerah Dark Zone.
Awas! Jaga diri masing-masing bila merantau daerah Dark Zone.
Daerah DZ memang bahagian game The Division yang sangat menarik, campuran konsep PvP dan PvE yang agak dinamik. Oleh itu, sesiapa sahaja saya bertemu boleh berpotensi menjadi rakan atau lawan, terutamanya bila saya cuba mengembara seorang diri tanpa berpasukan.

Aiks, Nak Kena Racun Nih! Boleh Beli atau Boleh Blah!?

BOLEH BLAH! – Jangan lupa, game ini memang satu game MMORPG. Kebanyakkan aspek gameplay dicipta untuk dimainkan secara berpasukan dan mungkin tidak sesuai untuk gamer yang lebih prihatin pada single-player. Oleh kerana sistem loot rewards berdasarkan RNG, game ini juga tidak disyorkan untuk gamer yang tidak suka main berulang-ulang, seperti farming ataugrinding.
BOLEH BELI! – Jika korang minat mana-mana game keluaran Ubisoft, susun atur gameplay The Division akan berasa agak klasik. Game ini juga disyorkan untuk gamer yang nak mula mencuba genre shooter dan arena PvP yang tidak berdasarkan konsep timed deathmatch.
Pada pendapat saya, unsur yang membentuk hasil seni Tom Clancy ini adalah bandar New York sendiri. Bandar inilah tempat playground yang terbuka luas dengan banyak tempat boleh meneroka. Dan mengikut perancangan Ubisoft untuk The Division sepanjang tahun pertama, memang banyak lagi akan datang yang sangat mencuit hati seorang RPG addict seperti saya :3
Saya juga ada hobi baru jika game server Ubisoft buat saya menjadi lagginglagi…
Agent Muslimah yang agak marah.
Bila Agent Muslimah berasa agak geram.
 Ini adalah game berdasarkan idea dari Tom Clancy, bukan novel Tom Clancy. Jalan cerita mungkin tidak seberapa immersive.
 Terlalu banyak misi killbox yang berulang-ulang.
 Bila sampai misi-misi utama yang terakhir, gerakan serangan A.I. mobs pihak musuh dah boleh diramalkan.
 Game server masih tidak stabil. Banyak kod error Delta atau Mike timbul lagi.
+ Visuals di semua sudut kawasan New York sangat teliti.
+ Bermacam-macam collectables boleh cari; setiap satu mempunyai rahsia cerita sendiri.
+ Susun atur unsur-unsur di tempat pertarungan memang sepadan genre cover shooter.
+ Corak bina karakter yang dinamik dan tidak terlalu rumit untuk difahami.
+ Campuran PvP & PvE dengan konsep rewards and punishment yang unik.
+ Banyak potensi. Senarai kandungan baru yang telah dirancang untuk tahun pertama agak menarik.

No comments:

Post a Comment