Friday, April 22, 2016

Bila Abah Review PS+: Nom Nom Galaxy

Hola Gamers! Seperti yang Abah janjikan, jom kita follow review untuk game free PS+ pilihan Abah kali ini iaitu Nom Nom Galaxy.

Mantap Dan Padu Tak Abah Game Ni?

Bila Abah baca sedikit mengenai game ini, Abah terpikir macam ni punya game pun boleh ada. Yela, korang bermain game di mana korang kena explore planet untuk mendapatkan bahan-bahan membuat sup! Agak kelakar juga la, tapi memandangkan Abah ni jenis suka mencuba, so Abah pun try download dan main game ini.
nom-nom-galaxy-002
Game dari developer Q-Games & Double Eleven Studios ini berkonsepkan action/simulator dimana boleh dimainkan secara single player dan juga co-op multiplayer. Sejujurnya game ini bukanlah game santai rilek seperti yang Abah inginkan, kerana korang perlu mencari bahan-bahan dan berdikari di dalam planet yang korang terokai ini.
nom-nom-galaxy-003
Di dalam game ini, korang akan dihantar ke sebuah planet oleh syarikat korang di dalam misi mencari bahan-bahan yang terbaik untuk mencipta sup. Pada Abah, korang akan bertindak seperti supervisor, di mana korang memilih bahan-bahan yang diperlukan dan juga juga diberi kebebasan untuk ‘set up’ kilang korang sendiri untuk pemprosesan sup tersebut.
nom-nom-galaxy-007
Kalau korang rasa mencari bahan-bahan ini semudah ABC, mungkin korang silap sebab bukan korang sahaja yang ingin membuat sup, tetapi korang akan bersaing dengan syarikat lain juga. Oleh itu, korang perlu cepat dan pantas dalam mencari bahan-bahan dan juga memaksimakan upgrade untuk kilang korang bagi memastikan korang berjaya menewaskan pesaing korang nanti.
nom-nom-galaxy-005
Mencari bahan-bahan satu masalah juga – kerana terdapat bahan yang korang perlu berlawan bagi mendapatkannya! Abah betul-betul terkejut sebab terpaksa berlawan dengan bahan yang bernama ‘tomaties’ dan perlu kalahkan tomaties ini sebelum dapat mengambilnya.
nom-nom-galaxy-006
Bukan itu sahaja, korang juga perlu bijak dalam mendirikan kilang korang itu bagi memastikan kelancaran korang dalam memproses sup yang terbaik. Setelah bahan-bahan dipilih, korang perlu memasukkan bahan-bahan tersebut kedalam mesin pemprosesan dan setelah siap sup-sup tersebut akan dimasukkan kedalam tin dan korang akan melancarkannya ke orbit dan memasarkan sup korang tadi ke market.
nom-nom-galaxy-004
Memandangkan korang membuat sup bukan seorang sahaja, malah bersaing dengan syarikat lain, so korang perlu juga memastikan kawasan kilang korang dilengkapi dengan sistem pertahanan. Jangan terkejut kalau orang diserang oleh pesaing korang yang nak memusnahkan kilang korang dan juga mengagalkan misi korang membuat sup yang terbaik.
nom-nom-galaxy-008
Cuma Abah masih lagi tidak berpeluang untuk memainkan game ini secara multiplayer dan juga co-op, dan bagi Abah sekiranya mode itu dapat dimainkan, mungkin lagi seronok kerana berkerjasama dengan rakan-rakan yang lain dalam membuat sup.

Apa Yang Abah Rasa?

Pada pandangan Abah, game Nom Nom Galaxy ini tidak diminati oleh anak-anak Abah – tidak pasti kerana apa, mungkin kerana elemen upgrading dan juga sistem yang memerlukan korang sentiasa memantau keadaan kilang dan juga produktiviti sup korang yang memakan masa yang agak lama.
Game ini memang tidak bersifat santai, kerana korang perlu archive sesuatu target tu dalam masa yang agak panjang. Walaupun terdapat tutorial di awal permainan, namun bila melangkah ke level selepasnya, Abah masih terkial-kial dengan apa yang perlu Abah lakukan, kerana semakin tinggi level yang korang pergi semakin sukar dan rumit untuk korang ‘set up’ kilang dan juga menguruskan kilang korang tersebut di samping ancaman dari pesaing korang dan juga bahan-bahan yang semakin sukar untuk di cari.
Namun secara jujur game ini amat seronok di mainkan, dan jika korang boleh bertahan lama dan ada banyak masa terluang – tak perlu jaga anak ataupun menolong isteri di dapur, mungkin game ini sesuai untuk korang.

Nak Download Boleh Tak Download Pun Tak Rugi!

No comments:

Post a Comment