XCOM 2 membawa pemain kembali dalam dunia menentang makhluk asing. Adakah XCOM 2 bakal memberikan pengalaman yang manis atau ia sudah menjadi hambar dimakan usia?
JomBaca: Sehari bersama: XCOM 2
Macam lagi lawa je XCOM 2 ni!


Teruk! Apa dah jadi ni Firaxis?

![2016-02-12_00004[1]](http://i1.wp.com/www.jomgaming.my/wp-content/uploads/2016/02/xcom-2-boleh-beli-or-boleh-blah-2.jpg?resize=640%2C360)
Penceritaan yang mudah dan senang difahami.
Jika anda ingin bermain XCOM kerana penceritaan yang mendalam, ini bukanlah sebuah game yang anda mahukan. Penceritaan XCOM 2 bermula selepas 20 tahun bumi diduduki oleh makhluk asing dalam XCOM: Enemy Unknown. Organisasi asal XCOM telah tewas dan kini dikategorikan sebagai puak pemberontak.
![2016-02-12_00006[1]](http://i1.wp.com/www.jomgaming.my/wp-content/uploads/2016/02/xcom-2-boleh-beli-or-boleh-blah.jpg?resize=640%2C360)
XCOM 2 macam sama je ngan XCOM. Takde kemajuan langsung!

XCOM 2 memperkenalkan sistem timer dalam misi-misinya dan ini adalah satu pilihan yang bijak. Pemain perlu cepat, tangkas dan bijak membuat keputusan walaupun game ini hanya berkonsepkan turn-base strategi. Jika terlalu melengahkan masa, objektif bakal gagal tetapi jika terlalu gopoh pasukan pula merana.



Bosan dah main campaign. Jom main multiplayer pulak!

Keputusan: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?
BOLEH BLAH! – Jika anda bukan peminat strategi apatah lagi berkonsepkan turn-based, elakkan game ini seperti virus Ebola. XCOM 2 juga tidak menjanjikan frame rate dan sinematik yang lancar. Peminat-peminat yang dahagakan aksi multiplayer juga bakal berasa kecewa kerana tiada pembaharuan dibawa dalam siri kali ini.
BOLEH BELI! – Satu misi dalam XCOM 2 bakal menyajikan pengalaman yang lebih beremosi jika dibandingkan sesetengah game mampu dengan seluruh kempen single player. Bersedia untuk menghadapi perasaan cemas, kecewa, gembira dan bangga apabila berjaya membawa pulang setiap ahli pasukan walaupun dengan nyawa-nyawa ikan. Setiap pilihan kecil bakal membawa efek kepada usaha menewaskan penjajahan makhluk asing dan setiap pilihan bakal membawa kesan positif dan negatif. XCOM 2 bakal membuat rasa kecewa atas kesilapan yang telah dibuat beberapa jam yang lepas dan ini membuatkan pemain benar-benar berjaga dengan langkah yang dibuat. Dengan kemajuan yang dibawa dari XCOM: Enemy Unknown ke XCOM 2, memang menarik jika difikirkan apa yang bakal dibawa kelak oleh Firaxis. Welcome back Komander.
– Enjin grafik yang tidak dioptima. Frame rate yang tidak stabil.
– Sesetengah dialog berulang dan menjengkelkan.
– Multiplayer yang hambar.
– Sesetengah dialog berulang dan menjengkelkan.
– Multiplayer yang hambar.
+ Efek grafik yang lebih baik dari siri asal.
+ Kesan bunyi yang baik.
+ Menambah baik sistem ekonomi dan peperangan.
+ Memberi peluang pada modders sejak hari pertama.
+ Untuk pemain strategi yang gemarkan cabaran.
+ Kesan bunyi yang baik.
+ Menambah baik sistem ekonomi dan peperangan.
+ Memberi peluang pada modders sejak hari pertama.
+ Untuk pemain strategi yang gemarkan cabaran.
No comments:
Post a Comment